BANTUAN MANGSA BANJIR 2021




Aman Palestin dengan kerjasama Yayasan Magfirah, Kelab Perwira dan Relawan Muda telah melancarkan Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi negeri-negeri yang terlibat.

Awal tahun ini negara digemparkan dengan limpahan air mendadak di beberapa sungai sehingga mengakibatkan banjir buruk di beberapa negeri. 

Sehingga ke hari ini, ribuan mangsa di Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan telah ditempatkan di kawasan-kawasan penempatan banjir. 

MANGSA BANJIR PERLUKAN BANTUAN ANDA

Ayuh bersama kami membantu saudara dan sahabat kita yang terjejas akibat banjir dengan menyumbang kepada Dana Kebajikan dan Kecemasan Bantuan Mangsa Banjir.

Bentuk bantuan:
1. Kit pembersihan rumah
2. Barang keperluan asas

Sumbangan anda akan digunakan bagi membeli barangan makanan, barangan keperluan dan kos-kos berkaitan misi bantuan bencana banjir di seluruh Malaysia.

Sabda Rasulullah SAW:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ

"Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah (huru-hara) seperti malam yang gelap gelita.
(HR Muslim)

===============================

BANTUAN AIR BERSIH BUAT MANGSA BANJIR

Bantuan peringkat awal untuk mangsa banjir telah dijalankan Aman Palestin bersama Kelab Perwira iaitu bantuan bekalan air bersih dengan menghantar dua lori tanker air dan 10 tangki air ke Raub, 30 tangki air ke Temerloh dan 30 tangki air ke Bera bagi kegunaan mangsa banjir bermula 9 Januari 2021 lalu.


BANTUAN PEMBERSIHAN BANJIR DI TEMERLOH



Aman Palestin bersama Kelab Perwira telah melakukan misi bantuan banjir membersihkan kawasan sekitar Kampung Tanjung Belengu dan Kampung Durian Tikus di Temerloh pada 14-15 Januari 2021.

Ujian yang menimpa mangsa banjir begitu berat. Barangan rumah hampir semuanya hancur ditenggelami air, ditambah dengan lumpur yang memgeras memenuhi kawasan rumah.

SUMBANGAN 80 KIT BANTUAN BANJIR DI BERA



Aman Palestin bersama Kelab Perwira telah menyampaikan sumbangan 80 kit bantuan banjir iaitu 40 kit barang kendiri dan 40 kit keperluan khas untuk penduduk Kampung Mengkarak, Bera pada 15 Januari 2021.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Rafie, Pengurus Kelab Perwira kepada Setiausaha Masjid Kampung Mengkarak di Masjid Kampung Mengkarak, Bera selepas selesai misi bantuan membersihkan kawasan banjir di sekitar Temerloh selama dua hari.

InsyaAllah lebih banyak misi bantuan banjir akan dijalankan bagi membantu mangsa yang terjejas. Teruskan menyumbang bersama Aman Palestin.


MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

019-335 7019
USTAZ AHMAD NU'MAN MAZLAN
Pengurus Cawangan Temerloh
Aman Palestin Berhad

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda agar lebih ramai menyumbang dengan kongsikan pautan: bit.ly/bantuanbanjir2021

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bantuan Mangsa Banjir - RM500
Bantuan Mangsa Banjir - RM100
Bantuan Mangsa Banjir - RM50
Bantuan Mangsa Banjir - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Aman Palestin Berhad (719871-K)
temerloh@amanpalestin.net
+60193357019