BANTUAN KECEMASAN GAZA 2023



Pada 7 Oktober 2023, para pejuang Palestin di Gaza telah melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa bagi membebaskan kawasan yang dijajah rejim Zionis Israel di sekitar sempadan Semenanjung Gaza dan seterusnya untuk membebaskan seluruh Palestin.



Menara Palestin di Gaza yang dibom oleh pesawat perang Israel pada 7 Oktober 2023

Rejim Zionis Israel telah bertindak balas terhadap operasi ini dengan mengebom puluhan bangunan di Gaza, termasuklah masjid, sekolah, rumah orang awam, bank, pejabat media, bangunan kerajaan.



Ratusan rakyat Palestin telah terkoban dan ribuan lagi telah cedera setakat ini, dan jumlah ini terus meningkat.

Aman Palestin memerlukan bantuan anda untuk terus membantu mangsa perang di Gaza. Bantuan Kecemasan Gaza akan meliputi tiga bantuan utama iaitu:

1. Bantuan Tunai - Bantuan tunai bagi membantu penduduk Gaza yang kerosakan atau kemusnahan rumah mencari rumah sewa sementara.

2. Bantuan Perubatan - Bantuan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan.

3. Bantuan Pelbagai - Bantuan makanan dan barang keperluan yang diperlukan mangsa akibat kemusnahan yang dialami.



Sumbangan dan bantuan anda amat bermakna untuk mereka. Ayuh kita bersama bantu saudara kita di Gaza.

Video Bantuan Kecemasan Gaza Aman Palestin ketika Perang Gaza Mei 2021:


================================

AMAN PALESTIN TELAH MENGHANTAR BANTUAN KECEMASAN AWAL BERNILAI 100,000 USD KEPADA GAZA


Alhamdulillah berkat sokongan berterusan para penyumbang buat Palestin, Aman Palestin melalui cawangan di Gaza telah mengagihkan bantuan kecemasan awal bernilai 100,000 USD (RM470,000) hasil kempen Bantuan Kecemasan Gaza yang akan memberi manfaat kepada 8,000 mangsa di Gaza.





Bantuan awal itu terdiri daripada  rawatan perubatan, bantuan anggota palsu, makanan panas, baju sejuk, kerusi roda kepada mangsa yang menerima rawatan di Hospital As Syifa dan juga Hospital Indonesia di Gaza.





Aman Palestin Gaza juga memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal yang ditempatkan di 64 Sekolah serta Pusat Penempatan Sementara di Gaza. Antara bantuan yang diberikan adalah tilam, selimut, makanan panas, dan baju sejuk.

Bantuan seterusnya akan menyusul.

================================


Ucapan terima kasih dari Khalid Mash'aal mewakili Hamas kepada Aman Palestin dan rakyat Malaysia atas kepada perjuangan Palestin selama 20 tahun.

Khalid Masy’al yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas berharap Aman Palestin dapat terus mengumpul dana sumbangan rakyat Malaysia untuk disalur secara terus kepada aktiviti yang akan membawa kepada pembebasan Palestin.

================================


Alhamdulillah, meskipun Gaza bergelut dengan krisis bantuan dari luar yang sukar untuk menembusi sempadan, Aman Palestin yang sememangnya bersedia di dalam Gaza sempat menyediakan bantuan buat 200 keluarga pada 21 dan 22 Oktober 2023.
Sebanyak 200 unit kotak makanan berjaya diagihkan oleh Aman Palestin kepada keluarga-keluarga Palestin di dua buah sekolah di bawah kelolaan UNRWA di barat Gaza.
================================



BANTUAN KECEMASAN PALESTIN 10 NOVEMBER 2023 TIBA DI GAZA

Alhamdulillah, dalam kesulitan yang berlaku di Gaza, Aman Palestin tidak terlepas dalam memberikan bantuan terus kepada rakyat Gaza dalam khususnya dalam bantuan makanan dan perbuatan.

pada 10 November 2023, Aman Palestin berjaya menyalurkan bantuan hasil sumbangan para penyumbang SEBANYAK RM2,585,000 (USD 550,000) yang berbentuk:

BANTUAN KEWANGAN
USD 300,000 (3,000 keluarga)

MAKANAN PANAS
USD 50,000 (1,000 keluarga)

PERUBATAN (HOSPITAL AL-SYIFA')
USD 100,000

2 BUAH AMBULANS (HOSPITAL AL-SYIFA')
USD 100,000

================================

Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ  مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya).”
(HR al-Bukhari)

Ayuh bersama membantu saudara kita di Palestin.


MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bantuan Kecemasan Gaza - RM100
Bantuan Kecemasan Gaza - RM50
Bantuan Kecemasan Gaza - RM10
Zakat - RM50
Zakat - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Aman Palestin Berhad (719871-K)
temerloh@amanpalestin.net
+60139847019