IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA 2023
Aman Palestin membuka penyertaan kempen Ibadah Korban di Bumi Anbia 2023 yang akan dijalankan di bumi Palestin, Syria dan Yaman.

Dengan pengalaman selama 17 tahun menjalankan ibadah korban di bumi anbia yang diberkati, Aman Palestin berusaha memberikan khidmat terbaik dalam melaksanakan ibadah korban buat warga Palestin, Syria dan Yaman.

Ayuh bantu saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman melalui penyertaan korban. Kebanyakan daripada mereka hanya berpeluang memakan daging setahun sekali iaitu ketika musim korban.
Anda juga boleh menyumbang Sedekah Daging bernilai RM300 atau Tabung Korban dengan seikhlas hati.
Sertai pakej ibadah Korban di Bumi Anbia 2023 seperti berikut:
IBADAH KORBAN PALESTIN
1 Bahagian Lembu | RM2,300
1 Ekor Kambing | RM2,300
IBADAH KORBAN SYRIA
1 Bahagian Lembu | RM1900
1 Ekor Kambing | RM1,900
IBADAH KORBAN YAMAN
1 Ekor Kambing | RM700
IBADAH KORBAN SEJUK BEKU
1 Bahagian Lembu | RM750
Lembu korban akan disembelih di Brazil dan India pada Hari Raya Aidiladha kemudian diproses dan dibekukan untuk dihantar ke Palestin dan Syria.
SEDEKAH DAGING
RM300
Sedekah Daging merupakan sumbangan yang akan dikumpulkan bagi membeli haiwan korban untuk agihkan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman.
TABUNG KORBAN
Seikhlas hati
Tabung Korban merupakan sumbangan yang akan dikumpulkan bagi membantu rakyat Palestin, Syria dan Yaman meraikan Hari Raya Aidiladha.
Laporan keseluruhan kempen Ibadah Korban di Bumi Anbia pada tahun 2022:

VIDEO LAPORAN IBADAH KORBAN DI BUMI ANBIA 2022
Ibadah Korban di Palestin
Ibadah Korban di Syria
Ibadah Korban di Yaman
Ibadah Korban Sejuk Beku
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)." (HR al-Tirmizi)
Ayuh sertai ibadah korban dan menyumbang bagi membantu saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman.
MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.
Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:
013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad