TABUNG PALESTIN: PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH SHADIA ABU GHAZALA
APA YANG BOLEH KITA USAHAKAN UNTUK MEMBANTU PALESTIN?
Sumbangan melalui Tabung Palestin akan disalurkan kepada projek pembinaan, bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan kecemasan, bantuan makanan, bantuan pertanian dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa mereka.
====================
PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH SHADIA ABU GHAZALA DI GAZA 2023

Sekolah kerajaan di Gaza mengalami kepadatan bilik darjah yang tinggi. 60% sekolah di Gaza bekerja dalam sistem dua syif dan setiap kelas mengandungi lebih daripada 50 pelajar.
Kekurangan sekolah di Gaza adalah disebabkan kemusnahan sekolah akibat serangan berterusan oleh rejim penjajah Israel. Selain itu, peningkatan bilangan pelajar yang tinggi memerlukan lebih banyak sekolah baharu untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Aman Palestin telah menjalankan projek pembinaan bangunan tambahan Sekolah Shadia Abu Ghazala dalam Program Sokongan Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin di Gaza.

Alhamdulillah Aman Palestin telah menyiapkan kerja pembinaan bangunan tambahan Sekolah Shadia Abu Ghazala yang terdiri daripada 15 bilik darjah. Kerja-kerja terkini berfokus pada kemasan bangunan dan kelengkapan bangunan sekolah.
Aman Palestin menjemput semua untuk menyumbang melalui Tabung Palestin bagi menyempurnakan projek ini dan pelbagai projek bantuan lain di Palestin.
====================
Ayuh kongsikan rezeki dengan saudara kita di Palestin dengan memberi sumbangan untuk mereka terus kuat menghadapi ujian ini. Semoga kita semua dapat bersama-sama solat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti.
MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.
Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:
013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad