Palestin Kami Sedia Membantu!
====================
BANDAR GAZA (2 MEI 2023) – Tentera Israel melancarkan serangan udara dan berbalas bedilan dengan pejuang Gaza semalam, berikutan kematian seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar ketika dalam tahanan rejim Zionis.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, pihaknya bertindak balas dengan melancarkan bedilan peluru berpandu permukaan-ke-udara.
Tembakan tercetus selepas banduan Palestin berusia 45 tahun, Khader Adnan meninggal dunia, hampir tiga bulan selepas dia ditahan di Tebing Barat yang dijajah Israel kerana hubungannya dengan kumpulan pejuang Jihad Islam.
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan kematian tahanan itu adalah pembunuhan yang disengajakan.
Beliau mendakwa Israel telah membunuh Khader dengan menolak permintaannya untuk dibebaskan, mengabaikannya dari segi perubatan serta ditahan di dalam sel walaupun keadaan kesihatannya teruk. – AFP
(Sumber: Kosmo)
Susulan daripada insiden tersebut, peperangan dan kezaliman oleh Zi0nis terhadap rakyat Gaza terus berlaku sehingga mengakibatkan ramai penduduk Gaza syahid.
GAMBAR: Ini merupakan keadaan kediaman di Khan Younis, Gaza setelah mereka menerima serangan udara daripada tentera rejim Isr.4el. Serangan ini menyebabkan 3 rakyat Palestin syahid. - Quds News
GAMBAR: Di Bet Lahia, utara Gaza, beberapa buah rumah musnah akibat serangan yang dilancarkan oleh Tentera Rejim Isr.4el. - Quds News
KENAPA PERLU PERTAHANKAN DAN BERI BANTUAN
PADA PALESTIN?
1. Masjid Al-Aqsa adalah kiblat para Nabi dan kiblat pertama umat Islam
2. Keteguhan akidah umat Islam menerusi sirah Nabi dan para Rasul
3. Masjid bagi peristiwa Isra' Mikraj, destinasi terakhir Rasulullah diangkat
ke langit bertemu Allah
4. Binaan kedua setelah Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS
5. Berkait rapat dengan sejarah para Nabi dan Rasul
6. Tanah Suci bagi Umat Islam seluruhnya.

Termasuk dalam tanah suci ini adalah Al-Masjid Al-Aqsa.
Perkara ini telah dijelaskan dan dihuraikan oleh Imam Al-Tabari dalam tafsirnya.
APA YANG BOLEH KITA USAHAKAN BANTU PALESTIN DAN RAKYATNYA?
Sumbangan akan disalurkan kepada projek pembinaan masjid atau bangunan,
bantuan persekolahan, bantuan perubatan, bantuan kecemasan, bantuan makanan,
bantuan pertanian dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa mereka.
====================
BANTUAN MUSIM SEJUK GAZA 2023
PEMASANGAN SOLAR DAN BAIK PULIH RUMAH KELUARGA MISKIN 2022
BANTUAN KECEMASAN AKIBAT SERANGAN GAZA
PEMBINAAN HOSPITAL KESIHATAN MENTAL (HOSPITAL AMAN PALESTIN)
====================
013-984 7019