WAKAF PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN DI SEMENANJUNG GAZA


Masalah kesihatan mental merupakan antara masalah besar dalam isu kesihatan di Palestin namun kurang diambil perhatian. 




Berdasarkan kajian, punca utama masalah mental semakin meluas di Semenanjung Gaza adalah penindasan dan sekatan yang berterusan, taraf hidup yang teruk akibat peningkatan kemiskinan dan perasaan putus asa. (Sumber: UN OCHA)




Lebih 62 peratus kanak-kanak di Palestin kini merasai sakit menghadapi tekanan mental yang mampu menjadikan masa depan mereka musnah dan tidak teratur.



Di Gaza hanya terdapat sebuah hospital kerajaan yang menyediakan rawatan mental bagi menampung 2 juta penduduk.

Hanya ada 40 katil untuk kemasukan pesakit mental, manakala 60% kes tidak dapat dirawat disebabkan kekurangan kelengkapan dan ruang untuk pesakit. 

Satu-satunya Pusat Kesihatan Mental Gaza yang wujud kini sudah berusia 60 tahun. Ia tidak dapat menampung keperluan pesakit mental yang semakin meningkat.



Keadaan Pusat Kesihatan Mental yang usang di Semenanjung Gaza.


Disebabkan kekurangan Pusat Kesihatan Mental ini, Aman Palestin dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Palestin bersama menggalas tanggungjawab untuk membantu mereka.

Sebuah hospital pakar psikiatri yang baharu diperlukan bagi menyediakan rawatan kepada penduduk Gaza yang mengalami masalah mental dengan rawatan yang lebih lengkap.




Bagi merealisasikan projek ini, sebuah MoU untuk membina Hospital Aman Palestin (Hospital Pakar Psikiatri dan Rehabilitasi) telah ditandatangani Aman Palestin bersama Kementerian Kesihatan Palestin pada 16 November 2021.






Majlis Perletakan Batu Asas Bagi Pembinaan Hospital Aman Palestin juga telah dirasmikan oleh Ketua Pentadbir Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Issam al-Dalis pada 23 November 2021. Saksikan video penuh di sini:



Sumbangan wakaf bagi projek ini masih dibuka luas kerana RM20 juta diperlukan untuk menampung kos pembinaan. 


JUMLAH KUTIPAN TERKINI: 
RM 18,605,540 / RM 20,000,000


Aman Palestin mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai projek wakaf ini secara berkumpulan dengan berwakaf RM50 seorang bersama 10 orang kenalan bagi melengkapkan 1 Lot Sumbangan Wakaf bernilai RM500. 

Sumbangan wakaf persendirian RM50 atau seikhlas hati juga amat dialu-alukan.



Pelan pembinaan Hospital Aman Palestin yang telah diluluskan di peringkat Jabatan Kerja Raya Palestin.


Ayuh bersama sertai projek wakaf ini bagi memberi harapan baharu kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk membina semula kehidupan mereka.

Hospital Aman Palestin yang sedang dibina akan menjadi hospital pakar psikiatri dan rehabilitasi pertama di Semenanjung Gaza yang memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)


Ayuh berwakaf untuk membantu saudara kita di Palestin.


MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda agar lebih ramai menyumbang dengan kongsikan pautan: bit.ly/wakafgaza

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Hospital Aman Palestin - RM500 (1 lot)
Wakaf Hospital Aman Palestin - RM100
Wakaf Hospital Aman Palestin - RM50
Dana Wakaf - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Aman Palestin Berhad (719871-K)
temerloh@amanpalestin.net
+60139847019