WAKAF PEMBINAAN MASJID SYEIKH KHALIL DI BEEKA, LUBNAN



PEMBINAAN MASJID HASIL SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA BERI MANFAAT SEBANYAK 10,000 PENDUDUK LUBNAN - BERNAMA

BEQAA  (Lubnan), 28 Jun (Bernama) -- Pembinaan sebuah masjid hasil sumbangan rakyat Malaysia di Bar Elias, di sini bakal memberikan manfaat kepada lebih 10,000 penduduk tempatan termasuk pelarian Syria yang berada di kem berdekatan kawasan itu.

Pembinaan masjid seluas 913 meter persegi itu yang turut merangkumi pusat tahfiz dan dewan dijangka mengambil masa selama 20 bulan dengan dana pembiayaan adalah sumbangan penuh daripada rakyat Malaysia yang disalurkan melalui Aman Palestin (AP).

Berita penuh di BERNAMA

====================



Pembinaan Masjid Syeikh Khalil di Bekaa, Lubnan merupakan satu usaha Aman Palestin dalam menyediakan rumah ibadah yang selesa dan kondusif buat penduduk sekitar dan warga pelarian Syria di Bekaa, Lubnan yang tidak mempunyai masjid berhampiran.




Pembinaan masjid ini akan memberi manfaat buat 10,000 orang penduduk sekitar termasuk 3,000 warga pelarian Syria yang berada di sana.





Selain sebagai rumah ibadah, masjid ini juga akan berfungsi sebagai pusat komuniti dan tempat kelas pengajian dan hafazan al-Quran yang pastinya sangat bermanfaat buat mereka.

Masjid tiga tingkat ini akan dibina Bar Elias, Bekaa, Lubnan dengan kos RM4,000,000 dengan jangkaan tempoh pembinaan selama 18 bulan.




(Lakaran pembinaan Masjid Syeikh Khalil)


PERKEMBANGAN TERKINI




Projek yang dijalankan dengan kerjasama Union Of Relief & Development Association (URDA) ini telah dirasmikan pada 1 April 2023 dan telah memulakan pembinaan fasa 1 pada bulan Mei.

Pasukan Misi Bantuan Korban Aman Palestin yang pergi ke Lubnan pada Aidiladha baru-baru ini telah melawat tapak projek pembinaan masjid ini.

Aman Palestin masih 
mengalu-alukan sumbangan wakaf bagi projek ini.




Daripada Uthman bin`Affan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga." (Al-Bukhari)

Sumbangan wakaf dibuka seperti berikut:

✅ Wakaf Masjid Syeikh Khalil RM100
✅ Wakaf Masjid Syeikh Khalil RM50
✅ Wakaf Masjid Syeikh Khalil RM10


Projek wakaf bina semula Masjid Imam Syafie di Gaza yang telah siap dibina Aman Palestin pada 2019:



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (HR Muslim)

Ayuh bersama menyumbang bagi membantu saudara kita di bumi Syam.


MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan anda dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Whatsapp resit sumbangan anda ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Masjid Syeikh Khalil - RM 100
Wakaf Masjid Syeikh Khalil - RM 50
Wakaf Masjid Syeikh Khalil - RM 10
Tabung Palestin - RM50
Tabung Palestin - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Aman Palestin Berhad (719871-K)
temerloh@amanpalestin.net
+60139847019